Keanggotaan
Dari segi kekuatan anggota, ATM agak kecil dibandingkan dengan tentera negara-negara jiran terdekat. Malahan, Tentera Singapura pun mengatasi Angkatan Tentera Malaysia dari segi keanggotaan keseluruhan. ATM hanya mempunyai sedikit kelebihan pada jumlah anggota Tentera Laut dan Tentera Udara.
Negara | Tentera Darat | Tentera Laut | Tentera Udara | Tentera Marin |
Indonesia | 348 000 | 74 000 | 27 800 | 29 000 |
Thailand[11] | 190 000 | 59 500 | 45 000 | 19 700 |
Singapura | 372 000* | 10 600 | 13 500 | 10 000 |
Malaysia | 120 000 | 18 000 | 15 000 |
* Termasuk anggota kerahan, Singapura mempunyai pasukan kerahan yang besar
Kekuatan tempur ATM mengalami sedikit pengecilan dari segi keanggotaan berikutan berakhirnya Perang Dingin dan ancaman komunis. Belanjawan peruntukkan pertahanan negara pada tahun 2009 juga dijangka mengalami penurunan sehingga 300 juta ringgit dan sehingga 20 peratus untuk 2010. Tunggak kekuatan ATM ialah Tentera darat Malaysia yang berkekuatan empat divisyen infantri dibawah pemerintahan kor yang dikenali sebagai Markas Medan Tentera Darat. Di bawah empat divisyen ini, Markas Medan boleh menggerakkan kira-kira 48 000 anggota tentera. Di peringkat operasi, Tentera Laut Diraja Malaysia mempunyai tiga markas wilayah laut di bawah kelolaan Markas Armada. Kekuatan teras Tentera Udara Diraja Malaysia terletak pada Markas Operasi Udara yang memerintah tiga divisyen udara. Bagi menyepadukan operasi bersama ATM satu Markas Angkatan Bersama telah diwujudkan.
Anggaran 2006 meletakkan kekuatan keseluruhan ATM sekitar 105 000 anggota tetap dan sekitar 40 000 anggota simpanan. Bagaimanapun dari 105 000 anggota tetap, anggota tempur dianggarkan tidak lebih dari 65 000 orang keseluruhan untuk ketiga-tiga perkhidmatan, selebihnya elemen-eleman bantuan dan logistik. Namun, pasukan simpanan akan diperbesar bagi menampung kekurangan anggota tetap sekiranya keperluan. Cadangan menubuhkan pasukan Wataniah di kesemua 222 kawasan parlimen dijangka akan melonjakkan jumlah simpanan sehingga 600 000 anggota.
Kelengkapan
ATM juga tidak mempunyai kelebihan yang ketara berbanding kelengkapan tentera negara-negara jiran terutama Singapura. Walaupun ketika ini, ATM menerima perolehan kelengkapan senjata baru yang agak canggih seperti kapal selam Scorpene dan pesawat Sukhoi Su-30MKM, namun dalam tempoh tiga hingga lima tahun, kelebihan ini dijangka akan dapat diatasi oleh Indonesia dan Thailand. Disebabkan kelembapan ekonomi, beberapa program pembangunan ATM turut menerima kesan, sama ada ditangguhkan atau tidak diketahui statusnya. Sebagai contoh Program Kapal Ronda Generasi Baru, kumpulan kedua kapal-kapal ini diberitakan akan diteruskan, pada penghujung tahun 2010 kerajaan telah menyerahkan surat hasrat kepada syarikat BNS untuk membina kumpulan kedua kapal peronda yang lebih berupaya dan dikenali sebagai SGPV-LCS. Begitu juga perolehan kapal frigat kelas Lekiu kumpulan kedua. Di pihak TUDM pula perolehan skuadron pesawat tempur pelbagai fungsi, dan di pihak TDM perolehan kenderaan perisai baru, masih belum dapat dipastikan tahap pembangunannya. Pada masa yang sama tentera negara jiran dilaporkan, melalui program pembangunan yang proaktif, akan memperolehi aset tempur moden seperti pesawat tempur, kapal perang permukaan dan kapal selam.
Perolehan aset bagi ATM juga, apabila berlaku, adalah dalam jumlah sedikit barangkali untuk tidak menggusarkan negara-negara jiran. Namun dikhuatiri jumlah perolehan yang sedikit tidak dapat membawa manfaat dari segi kemampuan beroperasi apa lagi untuk mengimbangi kekuatan negara-negara serantau. Sebagai contoh, Tentera Darat Malaysia hanya memperolehi 48 unit kereta kebal utama Bumar Łabędy PT-91M "Pendekar". Jumlah satu rejimen ini mungkin cukup untuk TDM melakukan penyelidikan bagi memperkembangkan doktrin peperangan konvensional mereka, tetapi tidak banyak yang boleh dilakukan untuk diintegrasikan dalam rangka kerja pertahanan yang menyeluruh. Apabila kerajaan mengumumkan penggantian helikopter Nuri dengan pembelian Eurocopter EC725, hanya 12 buah akan diperolehi bagi menggantikan sejumlah 28 helikopter Nuri. Sama ada pembelian lanjutan akan dibuat atau tidak, belum lagi dapat dipastikan. Setakat ini hanya enam buah kapal akan diperolehi manakala TLDM telah kehilangan 18 buah kapal ronda kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.
Perbandingan aset ATM
Angka-angka dibawah adalah angka semasa dan dijangka berubah dalam masa 3 hingga 5 tahun disebabkan program perolehan senjata yang rancak oleh negara-negara jiran Malaysia.
Tentera Darat
Negara | Kereta kebal utama | Kenderaan berperisai lain | Artileri medan | Helikopter |
Indonesia | 100 | 1815 | 560 | 87 |
Thailand | 381 | 2248 | 680 | 193 |
Singapura | 162 | 2744 | 480 | |
Malaysia | 60 | 500 | 700 | 100 |
Tentera Laut
Negara | Kapal kombatan utama¹ | Kapal kombatan¹ | Kapal kombatan kecil¹ | Kapal selam | Pesawat |
Indonesia | 5 | 34 | 52 | 6 | 67 |
Thailand[35] | 1 | 15 | 32 | 87 | |
Singapura | 12 | 18 | 6 | ||
Malaysia | 25 | 50 | 50 | 2 | 50 |
¹Kapal kombatan utama; pengangkut pesawat, kruiser, pembinasa
Kapal kombatan; frigat, korvet
Kapal kombatan kecil; kapal ronda, OPV
Kapal kombatan; frigat, korvet
Kapal kombatan kecil; kapal ronda, OPV
Tentera Udara
Negara | Pesawat tempur | Pesawat pengangkut | Helikopter | Amaran awal | UAV |
Indonesia | 180 [37] | 88 | 58 | 97 | 60 [38] |
Thailand | 166 | 35 | 28 | ||
Singapura | 143 | 14 | 78 | 8 | 40 |
Malaysia | 70 | 35 | 45 | 4 | 5 |
Aturgerak Angkatan Tentera Malaysia
Semenjak penubuhannya, Angkatan Tentera Malaysia telah diaturgerak dalam berbagai-bagai konflik dan pertempuran. Bermula dengan Perang Dunia Kedua, ATM seterusnya berkhidmat ketika Darurat bagi menghapuskan ancaman komunis. Darurat berakhir pada 1960 manakala insurgensi komunis tamat pada 1989. Pembentukan Malaysia pada 1963 mendapat tentangan Indonesia dan mencetuskan Konfrontasi Indonesia-Malaysia. Konfrontasi berlarutan sehingga 1966 apabila Sukarno digulingkan. Bermula pada 1960 juga ATM telah mula menyertai misi-misi pengaman Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Sehingga kini ATM telah menyertai tidak kurang dari 15 misi antarabangsa di bawah panji-panji PBB.